Berikut adalah merupakan purata pulangan semasa untuk akaun simpanan (saving account) dan pelaburan :
Bank biasa, faedah(riba) : 1%
Al-Mudharabah : 3%
KWSP : 4-5%
Tabung Haji : 3-4%
ASB : 7-8%
Koperasi Bank Rakyat : 15%
Unit amanah : 12% ke atas & bergantung kepada harga pasaran semasa
Saham BSKL : Bergantung kepada harga pasaran semasa
Untuk pelaburan, sekali lagi perlu diingatkan, walaupun kadar pulangan boleh dijangka. Namun, ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa nilai pulangan yang diperolehi pada tahun berikutnya adalah sama, atau lebih tinggi atau pun lebih rendah berbanding dari tahun sebelumnya. Ianya bergantung kepada harga pasaran semasa.
Sebagai seorang pelabur seseorang itu harus menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Seperti di dalam unit amanah, terdapat beberapa dana-dana yang ditawarkan. Pelabur harus bijak memilih dana-dana mengikut kesesuaian,objektif pelaburan dan profil risiko. Ini kerana setiap dana-dana tadi mempunyai risiko yang tersendiri seperti berisiko sederhana (moderate risk) atau pun berisiko tinggi (high risk).
Carta di atas (*sumber daripada Personal Money 2002) menunjukkan risiko dan anggaran pulangan pelaburan (Return Of Investment - ROI). Ini termasuklah simpanan tetap (fixed deposit), insurans, bon-bon, pelaburan hartanah, dan syir (share). Pelabur boleh mempelbagaikan pelaburan mereka seperti bon, hartanah dan syir untuk meluaskan lagi perolehan tetapi semakin tinggi pulangan yang diingini oleh seseorang pelabur maka semakin tinggi jugalah risiko yang perlu ditanggung.
Seseorang pelabur hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup di dalam bidang pelaburan dan mengetahui risiko yang bakal dihadapi.
Monday, July 23, 2007
Pulangan Simpanan & Pelaburan
Posted by Abby Ashraff at 11:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment